my cool follower

Saturday 29 September 2012

Rindu yang pergi


Hidup ini sukar diramalkan;terlalu penuh dengan kesukaran,kepahitan dan kesakitan.Bukan mudah sebenarnya untuk menggapai bahagia .Kadangkala betapa kebahagian itu cuba dihampiri,namun semakin jauh ia pergi.

Nia Karmila..nama yang indah itu tidak seindah dengan hidup yang dilaluinya.Dugaan yang menimpa dirinya meragut segala kegembiraan yang dimiliki.Kebahagiannya punah dalam sekelip mata.Hati mana yang tidak gundah,mahu menanggung keperitan yang tidak ada penyudah.Cuma yang tinggal,semangat yang ada kalanya goyah bersama keperitan yang dating menerjah.

Namun,kuasa ALLAH mengatasi segala.Hadir seorang lelaki bersama kasihnya yang tidak pernah padam.Rashdan…. lelaki yang sanggup menerima segala kekurangan.Lelaki penyayang itu menyedarkan dia,membuat dia mengerti,hidup sebenrnya penuh misteri.Setiap hari ketika mentari muncul,dia bersyukur kerana masih bernafas.Setiap hari apabila mentari pergi,dia menanti penuh debar hari-hari yang mendatang.

Lalu wanita di ufuk pasrah ini menanti dengan doa,semoga suatu saat nanti penderitaan itu akan berlalu pergi.Lalu dia menanam tekad di hati,dia mahu sepuas-puasnya menikmati hidup ini dengan kasih sayang yang diberi..

No comments:

Post a Comment

...